Pelbagai kritikan dilemparkan kepada kedua-dua pelakon tersebut oleh netizen yang menganggap mereka berdua tidak malu untuk berlakon  aksi ghairah seperti itu.
Buat Amar, beliau tidak faham mengapa masih ada pihak yang ingin mempertikaikan babak rogol tersebut kerana ia adalah lakonan semata-mata.
Amar juga menjelaskan, video itu dimuat naik untuk tujuan promosi drama Akadku Yang Terakhir dan babak tersebut tidak akan ditayangkan di televisyen kerana Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberitahu babak iti tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.
Saya tidak faham apabila babak ‘rogol’ yang lebih menjurus kepada lakonan dan kami masih lengkap berbaju dianggap lucah. Saya pelik mengapa ia dipertikai sedangkan semua tahu itu hanya lakonan semata-mata?
Babak itu sudah dipotong LPF kerana dianggap tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Pengarah sengaja memuat naik setiap penggambaran babak bagi mempromosikan karyanya. Saya terkejut mengapa hanya babak itu yang menjadi bualan sedangkan video lain langsung tidak dijadikan isu.
Meskipun tidak mempunyai niat untuk menggunakan video berkenaan untuk mencari publisiti murahan, Amar akui rating drama berkenaan meningkat dek kerana isu babak rogol tersebut.
Hmmph, kalau LPF dah potong tidak perlu rasanya hendak memuat naik video tersebut di media sosial. Lebih-lebih lagi mereka yang menonton drama ini majoriti remaja bukan?