“Saya Tidak Tahu” – Bung Mokhar Dakwa Tidak Maklum RM2.8 Juta Masuk Akaun Zizie Izette

Hiburan

“Saya Tidak Tahu” – Bung Mokhar Dakwa Tidak Maklum RM2.8 Juta Masuk Akaun Zizie Izette

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan di Mahkamah Sesyen pada Selasa bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad yang terlibat dalam pelaburan Felcra Berhad bernilai RM150 juta sekitar 10 tahun lalu melibatkan jumlah RM2.8 juta.

Bung mokhtar

Advertisement

Ketika disoal oleh peguamnya, Ridha Abdah Subri, Bung Moktar menyatakan bahawa tiada rakaman video, gambar, atau perbualan yang membuktikan dakwaan bahawa beliau menerima wang daripada dua saksi pendakwaan tersebut.

Saya tidak menerima wang itu secara langsung atau tidak langsung, malah tiada bukti yang menunjukkan aliran wang kepada saya. Tiada bukti.

Peguam: Adakah Datuk Seri tahu bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad telah menerima wang sebanyak RM2.8 juta daripada Norhaili dan Madhi pada Jun 2015?

Bung Moktar: Saya tidak tahu.

Peguam: Adakah Datuk Seri meminta atau mengarahkan Zizie Izette untuk menerima wang tersebut bagi pihak Datuk Seri?

Bung Moktar: Tidak pernah, kerana saya langsung tidak tahu mengenai perkara itu.

Bung Moktar, yang juga Pengerusi BN Sabah, menjelaskan bahawa tiada pihak yang memaklumkan kepadanya tentang isu tersebut sehinggalah beliau dipanggil untuk membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar 2016 atau 2017.

Peguam: Adakah Datuk Seri mengetahui mengenai status wang simpanan dan pelaburan Zizie Izette sebelum dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad?

Bung Moktar: Saya tidak tahu. Sejak kami berkahwin, memang telah menjadi persefahaman kami bahawa duit isteri-isteri saya adalah hak mereka dan saya tidak campur tangan dalam hal tersebut.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan rasuah menerima wang tunai RM2.2 juta dan RM262,500 untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Zizie Izette turut menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya mengenai perkara yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

inkues
2025-09-02 19:24:48

Inkues Punca Kematian Zara Qairina Bermula Esok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...