“Saya Tidak Tahu Apa-Apa” – Pemuzik AS ‘Diserang’ Pelajar SPM 2023 Gara-Gara Tak Boleh Jawab Soalan, Tinggal Komen Memalukan Malaysia

Kehidupan

“Saya Tidak Tahu Apa-Apa” – Pemuzik AS ‘Diserang’ Pelajar SPM 2023 Gara-Gara Tak Boleh Jawab Soalan, Tinggal Komen Memalukan Malaysia

Hanya kerana tidak boleh menjawab soalan peperiksaan, segelintir pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bertindak ‘menyerang pemuzik berasal dari Amerika Syarikat, Kyle Green di media sosial miliknya.

Media sosial dipenuhi kata makian

Gara-gara mempunyai nama yang sama dalam kertas soalan ujian SPM itu, instagram Kyle dipenuhi makian para pelajar yang menduduki kertas peperikaan besar itu sehingga mengundang respon daripada tuan badan itu sendiri.

Advertisement

Hari ini adalah hari yang pelik, pagi ini saya dapat banyak pesanan, panggilan dan e-mel daripada pelajar di Malaysia yang sedang menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris.

Sebahagian daripada peperiksaan itu adalah ujian mendengar. Pada ujian itu, mereka perlu mendengar satu temu bual bersama seorang pemuzik Jazz yang bernama Kyle Green.

Berikutan itu, ramai pelajar SPM 2023 mula mencari siapakah Kyle Green dan memaki hamun dirinya.

Tidak marah sebaliknya mengucapkan selamat maju jaya

Meskipun menerima layanan tidak masuk akal seperti itu, Kyle tidak menyuarakan rasa marah sebaliknya mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pelajar meninggalkan komen tidak masuk akal dan tidak bertamadun sehinggakan ada individu tampil  memohon maaf mewakili para pelajar tidak bertanggungjawab ini kepada Kyle.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sate cheese leleh
3 months ago

"Bang*ng Punya Inovasi! - Menu Sate Cheese Jadi Tumpuan, Netizen Kesal Ramai Peniaga Rosakkan Makanan Tradisi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...