April 25th, 2016

Sejak kebelakangan ini, nama Uqasha Senrose sering terpalit dengan gosip dan kontroversi yang agak hangat. Susulan perkara itu, Nelydia Senrose meminta orang ramai tidak menunding jari kepada Uqasha jika tidak mengetahui hal sebenar.

Nelydia juga enggan masyarakat membuat perbandingan bahawa beliau lebih baik dan kakaknya pula jahat.

Saya tahu ada orang sering membandingkan saya dan Uqasha. Mereka mengatakan dia tidak baik dan saya sebaliknya.

Dia ada juga salahnya. Cuma yang sedihnya, orang tidak tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Melihat gambar-gambar di laman sosial, mereka terus jatuh hukum. Saya rapat dengannya dan saya tahu cerita sebenar. Bayangkan ada perkara berlaku sengaja diperbesarkan sedangkan ia hanyalah isu kecil.

Yang mereka katakan itu kakak saya, buruk baiknya tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri paha kanan terasa. Saya tidak suka kakak saya jadi perhatian untuk benda negatif.

Pada pendapat Nelydia, masyarakat tidak pernah mahu mencari kebaikan Uqasha dan sering cuba untuk mencari kesalahan beliau biarpun ketika Uqasha memuat naik foto di Instagram, pasti akan ada sahaja komen negatif.

Nelydia pada masa yang sama turut tidak faham mengapa ada sesetengah pihak mempertikaikan bakat Uqasha apabila beliau membawakan watak utama dalam teater Ombak Rindu. Sebenarnya Uqasha bekerja keras demi memberikan yang terbaik dalam lakonan beliau sebagai Izzah.

Sepanjang tempoh sesi latihan, saya melihat dia bekerja sangat keras hinggakan apabila pulang ke rumah, dia masih tidak lepaskan penghayatan wataknya. Dia nampak lesu kerana saya tahu dia bekerja keras di sesi latihan dan dia benar-benar mahu berikan yang terbaik.

Kalau orang cakap buruk tentang mana-mana ahli keluarga kita, tentu kita akan terasa bukan? Baik Nelydia ataupun Uqasha, mereka mempunyai cara yang berbeza dan kita tidak boleh melabelkan seseorang itu jahat ataupun sebaliknya. Cuma, lumrah kehidupan artis dimana gosip dan kontroversi tidak boleh dipisahkan daripada mereka.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...