“Saya Tidak Suka Lelaki Yang Tidak Jelaskan Status” – Fify Azmi ‘Unfollow’ Syazwan Zulkifly Lepas Tahu Dah Ada Kekasih

Hiburan

“Saya Tidak Suka Lelaki Yang Tidak Jelaskan Status” – Fify Azmi ‘Unfollow’ Syazwan Zulkifly Lepas Tahu Dah Ada Kekasih

Pelakon Fify Azmi tampil memberi penjelasan mengenai hubungannya bersama aktor Syazwan Zulkifly yang baginya tidak lebih daripada rakan biasa.

Fify berkata sebelum ini dia dan Syazwan sangat rapat namun tidak lagi setelah mengetahui pelakon itu mempunyai kekasih.

Advertisement

Memang kami pernah rapat sebab banyak berlakon bersama. Kami tidak bergaduh cuma saya tidak boleh rapat dengan orang yang sudah berpunya.

Apa pun dia seorang rakan baik. Kami pernah rapat tapi untuk hubungan itu beralih ke fasa seterusnya, tidaklah.

Berikutan itu, Fify berkata dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan agar tidak lagi terjadi hal seperti ini.

Saya tidak suka orang yang tidak jelaskan status. Terang-terang sajalah sudah berpunya. Apapun saya dengan dia (Syazwan) okey saja.

Selepas ini saya akan selidik latar belakang lelaki yang ingin mendekati saya. Sebelum ini saya tidak begini kerana semua bekas kekasih saya orang yang baik dan jujur dalam hubungan.

Perkembangan terkini, Fify bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Padu The Movie yang mengangkat pengalaman sebenar empat atlet pasukan bola keranjang wanita negara yang beraksi di Sukan Sea pada tahun 2013,2014 dan 2015.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Aslam MArissa
7 months ago

"Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan Takdir" - Abby Abadi Kongsi Momen Bersama Aslam Dan Marissa Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...