Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tidak Sindir Sesiapa, Cuma Teringat Kontroversi Dulu – Faye Kusairi

Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi didakwa menyindir Elly Mazlein dalam muat naik terbaru beliau di Instagram.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Faye menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan dan menjelaskan beliau menulis status tersebut kerana teringat kembali beberapa kontroversi yang melanda hidupnya. Ia juga sekadar peringatan untuk dirinya.

Status itu sebenarnya saya teringat akan perasaan saya apabila tercetusnya kontroversi lalu. Saya ingat lagi, isu itu betul-betul buat saya terkejut.

Saya ni dulu seorang blogger, suka menulis. Jadi dah biasa kadang-kadang tu tiba-tiba rasa nak menulis berkongsi mengenai perasaan saya. Bukan niat saya tujukan pada mana-mana pihak. Ia sebenarnya sekadar peringatan pada diri saya sendiri.

Faye berharap perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana beliau sememangnya tidak pernah mempunyai niat sebegitu.

Advertisement

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak suka jika orang bercakap perkara yang tidak betul mengenai diri kita. Kalau saya dah cakap saya tak buat, jangan lah cakap saya buat. Sesiapa pun kalau berada di tempat saya tentu marah.

Sebenarnya ramai yang hanya bertanya jika status itu berbaur sindiran ataupun tidak, bukan niat untuk mendakwa Faye Kusairi.  Jangan mudah melatah..

Sumber Berita : Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top