Bila putus cinta, memang susah bukan untuk cuba melupakan segala kesedihan dan merawa t hati yang sudah terluka. Kata orang, kadang-kadang luar sahaja tersenyum dalam hati siapa yang tahu. Ada yang sehingga serik untuk menjalinkan hubungan lagi.
Walaubagaimanapun, pelakon cantik Nelydia Senrose akui beliau tidak serik untuk bercinta lagi selepas percintaannya dan Qi Razali terputus di tengah jalan. Namun, buat masa sekarang, beliau lebih selesa untuk hidup solo.
Sekarang saya tengah seronok menjalani kehidupan solo tanpa terikat dengan mana-mana perhubungan.
Kalau dahulu, ada orang tempat saya berkongsi cerita dengan orang tersayang, tetapi kini saya banyak berkongsi apa jua dengan ahli keluarga sendiri. Saya masih ada keluarga dan merekalah saya letakkan sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukan.
Nelydia akui, beliau pernah berduka kerana putus cinta, tetapi bersyukur kerana adik beradiknya banyak membantu beliau kembali bangkit dan bersemangat.
Saya banyak meluah perasaan saya pada kakak dan adik-beradik yang lain. Merekalah yang banyak pulihkan semangat.
Waktu itu sampai pernah terfikir untuk pindah ke luar negara untuk lupakan apa yang terjadi. Syukur saya sedar apa yang saya alami ini bukanlah pengakhiran buat segala-galanya.
Tidak semua cinta itu kesampaian, setiap apa yang berlaku mengajar kita untuk mengenali apa erti cinta dan kehidupan itu dengan lebih baik. Mana tahu lepas ini Nelydia akan bertemu dengan Mr Right beliau dan ada jodoh sehingga ke akhir hayat.