Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tidak Serik Bercinta Sesama Artis – Johan As’ari

Pernah terkandas dalam percintaan bersama beberapa artis wanita terkenal Malaysia, Johan As’ari bagaimanapun tidak merasa serik untuk mempunyai hubungan istimewa sesama artis. Malah, beliau akan menerima siapa sahaja jodohnya dengan hati yang terbuka.

Advertisement

Saya tidak akan serik untuk bercinta sesama artis seandainya ditakdirkan untuk berkahwin dengan rakan seperjuangan.

Siapa saya untuk menolak suratan takdir? Saya menerima dengan hati terbuka walau siapa pun jodoh saya. Kisah lalu akan saya jadikan pedoman bagi memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik. Namun buat masa ini fokus saya hanya kepada kerjaya seni semata-mata.

Johan sebelum ini pernah rapat dengan aktres Nabila Huda tetapi hubungan mereka tidak kekal lama. Kemudian beliau dikaitkan dengan penyanyi Shila Amzah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top