Written by Bella | April 21st, 2017

Bapa kepada pelakon Benjy yang kini sedang ditahan di Medan, Indonesia berhubung kes menyorokkan dadah jenis Syabu di dalam duburnya, Khairil Anwar ZM Rashidi memberitahu beliau tidak merancang untuk ke negara tersebut bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai kes anaknya itu kerana keadaan kesihatannya yang tidak menginzinkan.

Khairil Anwar hanya mengetahui berita tentang penangkapan Benjy selepas dihubungi pihak media dan beliau juga tidak ada sebarang perkara yang harus dijelaskan mengenai kejadian yang melibatkan anaknya itu.

Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana? Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media. Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat.

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia, kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram yang dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.