Bapa kepada pelakon Benjy yang kini sedang ditahan di Medan, Indonesia berhubung kes menyorokkan dadah jenis Syabu di dalam duburnya, Khairil Anwar ZM Rashidi memberitahu beliau tidak merancang untuk ke negara tersebut bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai kes anaknya itu kerana keadaan kesihatannya yang tidak menginzinkan.
Khairil Anwar hanya mengetahui berita tentang penangkapan Benjy selepas dihubungi pihak media dan beliau juga tidak ada sebarang perkara yang harus dijelaskan mengenai kejadian yang melibatkan anaknya itu.
Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana? Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media. Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat.