Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan, Zailah Zainudin, 62, menegaskan beliau tidak pernah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah serta mencemarkan nama baik keluarganya.
Zailah yang juga bekas pensyarah meluahkan rasa terkilan apabila keluarganya diaibkan dengan pelbagai tohmahan di media sosial.


Beberapa hari ini, saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka.
Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.
Menurut Zailah, beliau telah melantik firma guaman Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti kenyataan dan hantaran berunsur fitnah serta mengenal pasti langkah undang-undang yang wajar.
Saya telah melantik peguam, Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah.
Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga.
Zailah menegaskan beliau tidak akan berdiam diri terhadap cubaan memalukan keluarganya.
“Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak-Anak Saya” – Nubhan Ahamad
Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.
Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan. Kepada pihak tertentu yang terus menyebarkan fitnah, saya mohon hentikanlah penyebaran cerita yang tidak pasti kebenarannya.
Jangan menambah luka dengan andaian atau komen yang hanya berasaskan khabar angin. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan.
Dalam masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata positif sepanjang anak sulungnya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, berdepan kemelut rumah tangga.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada saya serta keluarga. Sokongan semua amat kami hargai. Saya yakin dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
