“Saya Tidak Pernah Tukar Sejak Fatima Usia 2 Tahun” – Fattah Amin Tayang Foto Fazura Dan Anak Perempuan, Jadikan ‘Wallpaper’ Telefon Bimbit

Hiburan

“Saya Tidak Pernah Tukar Sejak Fatima Usia 2 Tahun” – Fattah Amin Tayang Foto Fazura Dan Anak Perempuan, Jadikan ‘Wallpaper’ Telefon Bimbit

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memaklumkan dua individu paling penting dalam hidupnya pada ketika ini ialah isteri, pelakon Nur Fazura dan anak mereka, Fatima.

Meskipun sibuk dengan aktiviti seni, Fattah berkata dia sentiasa mengutamakan mereka berdua dan meletakkan foto Fazura dan Fatima sebagai ‘wallpaper’ telefon bimbit miliknya membuatkan dia berasa dekat dengan kesayangannya itu.

Advertisement

Keluarga adalah nombor satu bagi saya dan ke mana-mana ini adalah wallpaper saya. Gambar Fatima dan ibu dia. Gambar ini sudah lam sejak Fatima berumur 2 tahun. Saya tak pernah tukar. Bila ada penggambaran inilah jadi peneman kita selalu tengok telefon.

Tambah Fattah lagi, dia dan Fazura akan tetap meluangkan masa bersama-sama meskipun sibuk dengan urusan masing-masing.

@pama.my

Our family is always our top priority kan ? #fattahamin #anak #keluarga

? original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

Kalau masing-masing sibuk kami akan mencari masa untuk makan sekali dan melayan Fatima.

Sibuk macam mana sekali pun akan cari masa untuk lakukan bersama kerana ia boleh eratkan lagi hubungan keluarga.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak Sharifah Aini isu jual rumah
6 months ago

"Masih Teringat Jeritan Mummy Di Rumah Itu" - Anak Sharifah Aini Maklum Hasil Jualan Rumah Telah Selesai Difaraidkan Kepada Yang Berhak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...