Hati seorang isteri sememangnya mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi jika si suami dikaitkan mempunyai skandal dengan seorang wanita lain. Memang kepercayaan terhadap suami akan diuji ketika ini. Itu sebabnya Abang Nara respek kepada isteri Adi Putra, Aida Yusof yang tidak pernah meragui diri suaminya.
Kata Aida Yusof kepada Berita Harian:-
Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya.
Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan.
Di saat sebeginilah, seorang suami memerlukan sokongan 100% daripada isterinya. Inilah ranjau kehidupan hidup berumahtangga lebih-lebih lagi jika si suami adalah seorang selebriti popular. Semoga Aida dan Adi tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.
P.S: Tercari-cari produk pakaian wanita yang menawan dan menarik serta berkualiti tinggi? Aafiya Collection adalah jawapannya. Harganya mampu milik dan design-designnya up to date. Layari segera www.aafiyacollection.blogspot.com. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.