Saya Tidak Pernah Kembali Bercinta Dengan Kamal, Sudah Lama Hati Ini Kosong – Emma Maembong

Hiburan

Saya Tidak Pernah Kembali Bercinta Dengan Kamal, Sudah Lama Hati Ini Kosong – Emma Maembong

Rapat dengan beberapa aktor lelaki lain, pelakon Emma Maembong dikritik seakan mempermainkan hati dan cinta Kamal Adli kepadanya. Pelbagai kecaman yang diterima sehinggalah digelarkan sebagai ‘play girl’.

Advertisement

Tidak mahu ramai yang salah sangka lagi, Emma memberitahu cintanya dan Kamal sudah lama terlerai. Meskipun mereka dilihat masih akrab, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sahaja.

Ya, sudah hampir satu setengah tahun saya bersendiri. Ramai yang beranggapan saya kembali menyambung cinta dengan Kamal, tetapi sebenarnya tidak. Saya aku, saya dan Kamal pernah berusaha dan memperbaiki segala kesilapan dalam tempoh terbabit.

Kami buat apa yang sepatutnya untuk menyelamatkan hubungan, tetapi ada saja halangan yang terus merintanginya.  Kesudahannya, lebih elok kami berkawan baik saja. Kami menyokong usaha antara satu sama lain.

Emma tidak suka bermusuh dan lebih selesa untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua bekas kekasihnya. Buatnya, mereka adalah insan yang pernah juga memberikan kemanisan dalam hidupnya.

Walaubagaimanapun, andai beliau ditakdrikan berjodoh dengan Kamal, Emma tidak akan menolak dan boleh sahaja mengakhiri hubungan persahabatan mereka dengan perkahwinan.

Sumber Berita : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...