Pembubaran kelab rasmi Fattah Amin yang dikenali sebagai The FA Team selepas lima tahun ditubuhkan agak mengejutkan juga apatah lagi individu yang menguruskan kelab terbabit hanya mengumumkannya melalui akaun Instagram tanpa memberikan komen lanjut mengenai punca ia dibubarkan.
Mulalah ada dikalangan netizen yang membuat andaian mereka sendiri termasuklah kononnya mendakwa isteri Fattah iaitu Nur Fazura yang menjadi punca pembubaran tersebut. Mereka mendakwa Fazura sering mengawal Fattah dalam setiap urusannya dan ia membuatkan peminat didalam kelab berkenaan kurang selesa.
Bagaimanapun, Fazura menafikan tuduhan itu, sebagai seorang isteri beliau sangat menghormati Fattah sebagai suaminya dan tidak pernah masuk campur serta mengawal kehidupan aktor itu.
Saya tahu ada yang menyalahkan saya dan menuduh saya yang mengawal Fattah. Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Suami saya adalah seorang yang sangat tegas dan bijak dalam membuat setiap keputusan hidupnya.
Pada masa sama, tiada sebab untuk saya campur tangan atau mengawal hidupnya kerana sebagai seorang isteri, sayalah yang sepatutnya kena dengar cakap dia.
Selain memberikan sokongan terhadap suaminya, Fazura juga akan sentiasa melindungi Fattah jika ada pihak yang berniat tidak baik dan mengambil kesempatan terhadapnya.