Saya Tidak Pernah Cakap Saya Bercinta Dengan Syafiq Kyle – Uqasha Senrose

Hiburan

Saya Tidak Pernah Cakap Saya Bercinta Dengan Syafiq Kyle – Uqasha Senrose

Foto mesra Uqasha Senrose dan Iqram Dinzly yang tersebar telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan. Meskipun Uqasha mengakui mereka hanya sebagai teman rapat ada yang mendakwa Iqram adalah punca hubungan cinta beliau bersama Syafiq Kyle semakin dingin dan renggang.

Advertisement

Namun, perkara itu dinafikan oleh Uqasha dan menjelaskan hubungan beliau dan Syafiq agak renggang kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Malah, Uqasha juga memberitahu beliau  selama ini tidak pernah mengesahkan bercinta dengan aktor tersebut meskipun Syafiq mengakui beliau sebagai kekasihnya.

Dengan Syafiq pun saya kawan sahajalah, memang dulu kami rapat dan sekarang ni masing-masing sibuk dengan kerja. Saya tidak pernah pun cakap yang saya bercinta dengan dia dan sekarang kami kawan macam biasa… cuma tidak rapat sahaja.

Berbicara lanjut mengenai hubungan beliau bersama Iqram pula, Uqasha sebenarnya sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan beliau agak selesa berkawan dengan jejaka tersebut yang dikatakan mempunyai sifat penyayang dan mengambil berat.

Mereka berdua mula rapat ketika sama-sama terlibat didalam program sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak selama empat hari berturut-turut.

Buat masa ini saya berkawan sahaja dengan dia dan boleh dikatakan masih mengenali hati budi masing-masing. Iqram seorang yang caring dan sahabat yang baik. Dia boleh dijadikan kawan rapat. Selagi saya masih single dan belum berkahwin, saya tidak kisah berkawan dengan siapa pun.

Saya pelik bila saya rapat dengan lelaki orang akan kata kami bercinta, walhal kami kawan sahaja. Saya lihat ada sahaja artis lain yang berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi tidak pula digosipkan bercinta.

Kesian Syafiq Kyle, bertepuk sebelah tangan rupanya. Itulah kalau sudah tahu wanita yang anda suka itu tidak pernah mengakui sedang bercinta dengan anda, buat apa keluarkan kenyataan beliau masih kekasih anda.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...