May 24th, 2017

Pelakon Nur Fazura sudah lama bergiat aktif didalam industri hiburan tempatan, lakonan beliau juga agak bagus dan beberapa kali menjadi duta kepada jenama terkenal.

Walaubagaimanapun, Fazura tidak pernah merasakan dirinya sebagai seorang selebriti popular di Malaysia dan mengakui beliau masih mempunyai banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai seorang selebriti popular. Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Saya juga merupakan seorang artis yang sendu-sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah. Apa yang penting saya akan melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon.

Bukan mudah untuk bergelar anak seni, sepanjang berada di dalam industri hiburan, setiap hari mereka harus menimba pengalaman yang lebih lagi. Apa yang penting, sifat rendah diri harus ada agar tidak terus “hanyut” dalam populariti yang bersifat sementara.

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...