Saya Tidak Pernah Ajar Fathia Lakukan Perkara Tidak Baik – Uqasha Senrose

Hiburan

Saya Tidak Pernah Ajar Fathia Lakukan Perkara Tidak Baik – Uqasha Senrose

Umum mengetahui dua pelakon jelita, Uqasha Senrose dan Fathia Latiff bersahabat baik. Walaubagaimanapun, bukan semua peminat yang merestui hubungan persahabatan mereka lebih-lebih lagi ia dikaitkan dengan isu Uqasha membuka tudungnya. Mereka khuatir, Uqasha akan mempengaruhi Fathia melakukan perkara yang sama.

Advertisement

Namun, Uqasha yang sudah lali dengan kritikan negatif masyarakat enggan mempedulikan hal berkenaan. Uqasha tetap selesa berkawan dengan Fathia yang sering bersamanya ketika susah dan senang.

Saya bukan saja boleh bersahabat baik dengan Fathia tetapi sesiapa saja yang mahu berkawan dengan saya. Takkan nak berkawan pun tak boleh? Pada saya, hubungan persahabatan kami memang ikhlas. Apatah lagi, saya tidak pernah mengajak atau mengajar dia (Fathia) melakukan perkara tidak baik. Salahkah kami bersahabat. Bukankah dalam hal seperti ini ia bergantung individu itu untuk menilai atau melakukan perkara baik atau buruk. Tepuk dada tanya selera.

Fathia sudah saya anggap bukan saja sahabat, malah kakak dan ahli keluarga. Fathia banyak memberi tunjuk ajar pada saya untuk memperbaiki mutu lakonan, selain memberikan kata-kata nasihat untuk saya memperbaiki diri.

Terpulanglah nak cakap apa pun saya tak kesah. Lagi pun, saya tidak pernah mengganggu hidup orang lain.Saya senang berkawan dengan mereka yang mahu berkawan dengan saya. Bagi saya, apabila ramai orang suka dan nak kawan dengan kita, ia membawa aura positif untuk diri kita sendiri.

Tidak adil juga untuk mempertikaikan persahabatan antara Uqasha dan Fathia hanya kerana masa silam Uqasha.  Sebenarnya, kalau seseorang itu hendak buat jahat tidak semestinya ia kerana pengaruh rakan, semuanya terletak kepada keimanan dan pemikiran seseorang itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...