Saya Tidak Perlu Untuk Jaga Hati Peminat – Tasha Shilla

Hiburan

Saya Tidak Perlu Untuk Jaga Hati Peminat – Tasha Shilla

Peminat adalah segalanya bagi seorang selebriti. Jatuh bangun dan populariti seorang selebriti itu bergantung kepada sokongan para peminatnya. Namun dengan kemodenan dan teknologi yang semakin canggih, kadangkala para peminat lebih banyak menjatuhkan daripada menaikkan nama seorang selebriti menerusi komen-komen di laman sosial. Mungkin kerana itu Tasha Shilla enggan untuk menjaga hati peminatnya yang hanya tahu memberi komen negatif di akaun Instagram miliknya.

tasha shilla

Advertisement

Kata Tasha Shilla menerusi MalaysianDigest:-

Tak dinafi, saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka. Jadi saya terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar mereka. Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, kalau mereka betul peminat saya mereka akan menerima saya seadanya. Mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Syukur, keluarga merestui hubungan kami dan itu sudah cukup.

tasha shilla

Biasalah kadang-kadang peminat “over” dan terlebih mengambil berat akan kehidupan seorang selebriti lebih-lebih lagi dalam bab percintaan. Ini kerana peminat mahukan yang terbaik untuk selebriti itu. Bila bercinta, memang semua orang akan buta mata. Jadi kehadiran peminat sedikit sebanyak boleh “check and balance“. Mungkin ada pendapat yang boleh diterima dan ada yang boleh dibuang. Pastinya Tasha Shilla tahu yang terbaik buat dirinya kerana yang bercinta bukannya orang lain, tapi diri sendiri. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...