“Saya Tidak Perasan Anak Mengikuti Daripada Belakang” – Suami Lufya Perjelas Isu Tidak Hiraukan Raungan Anaknya

Hiburan

“Saya Tidak Perasan Anak Mengikuti Daripada Belakang” – Suami Lufya Perjelas Isu Tidak Hiraukan Raungan Anaknya

Semalam kecoh apabila Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dilihat tidak menghiraukan langsung panggilan puterinya, Laana Haura semasa perbicaraan kes penceraiannya bersama Lufya Omar.

che muhammad hafiz laana haura

Advertisement

Rata-rata netizen menyelar kredibiliti doktor itu sebagai seorang ayah selepas melihat sedutan video yang menyayat hati itu. Walaubagaimanapun, Lufya apabila ditanya berkenaan hal itu, lebih senang mendiamkan diri.

Selebriti wanita itu turut menjelaskan bahawa tujuan sebenar dia membawa anak perempuannya itu ke mahkamah adalah kerana ingin bertemukan dia dengan ayahnya.

Dalam video itu, saya dengar suara adik saya memanggil ‘daddy’ supaya suami saya pandang dan meluangkan masa bersama Haura.

Suami saya hanya sempat berjumpa dalam 5 minit sahaja sebelum keluar daripada mahkamah. Oleh sebab itu, Haura inginkan masa yang lama bersama ayahnya.

Niat kami sekeluarga memang nak Haura berjumpa dengan ayahnya di samping untuk meredakan kemarahan.

laana haura lufya omar

Lufya juga akui bahawa keputusan untuk membawa anaknya ke mahkamah adalah berat untuk diputuskan. Walaubagaimanapun, dia nekad membawa Laana Haura memandangkan puterinya itu sudah lama tidak bersua muka dengan suaminya.

Walaupun berat hati ini nak bawa anak ke ‘tempat’ sebegitu namun saya tak ingin pisahkan antara ayah dengan anaknya.

Saya harap suami saya boleh bincang secara baik dengan saya demi kepentingan Haura sahaja.

Dalam pada itu, Che Muhammad Hafiz turut mengeluarkan kenyataan mengenai insiden di mana dia dikatakan tidak mengendahkan langsung teriakan anaknya.

Sebelum keluar mahkamah semalam, saya memang berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan oleh beliau dan ahli keluarga beliau sendiri malah anak amat rapat dengan saya.

Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak mengikuti saya dari belakang.

Jika benar saya mendengar suara anak saya, takkan sebagai bapa saya sanggup buat tidak endah, dan setelah saya tidak perasan anak.

che muhammad hafiz laana haura

Lelaki itu juga meminta Lufya supaya menyelesaikan segala masalah hanya di antara mereka dan tidak perlu memisahkan dia dengan anaknya. Dia menambah bahawa anak mereka tidak bersalah dan berhak mendapat kasih sayang kedua ibu dan bapa.

Cuma nasihat saya kepada Lufya apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya, serta jangan wujudkan kesulitan dan/atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Laana Haura merupakan seorang anak yang masih kecil, tidak sepatutnya dia terlibat sekali dengan masalah kedua orang tuanya. Harapnya, Lufya dan Hafiz dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka tanpa menjejaskan emosi puteri mereka.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...