Mempunyai tubuh badan yang sihat dan tampak seperti orang muda, pasti tidak semua yang percaya bahawa  pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi sudah mencecah usia 54 tahun. Ya betul , kami tahu ramai yang terkejut juga bukan?
Dek kerana wajah awet mudanya, ada beberapa pihak mendakwa Pak Nil sebenarnya ada menggunakan botoks.
Namun,menerusi portal mStar Online Pak Nil menafikan dakwaan tersebut tetapi ada mendapatkan rawatan wajah lain dan berhabis kira-kira RM 4,000 sebulan.
Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira.
Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah  RM4,000 sebulan.
Sekarang anda semua dah tahu rahsia kecantikan wajah Pak Nil. Kalau hendak tampil lebih menarik dan flawless pasti ia akan menelan belanja yang agak mahal sesuai dengan hasilnya.