Suatu ketika dahulu, juara AF8, Shahir pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Rozita Che Wan. Malah kehilangannya secara tiba-tiba di dalam industri hiburan juga dikatakan berpunca akibat putus cinta dengan Che Ta. Kini Shahir muncul kembali dan menafikan Che Ta ada kaitan dengan misteri kehilangannya selama ini.
Berkata kepada portal Murai, Shahir memaklumkan kehilangannya adalah kerana menjalankan perniagaan bersama keluarga. Kata Shahir:-
Itu semua tidak benar, saya tidak menghilangkan diri kerana Che Ta. Setahun rasanya saya tidak terlibat dengan kerja-kerja dunia nyanyian kerana tanggungjawab saya terhadap keluarga.
Keluarga saya perlukan saya dan dalam tempoh ketiadaan saya dalam industri hiburan ini, kami fokus menjalankan perniagaan berasaskan pelaburan.
Tentang saya dan Che Ta itu hanya gosip liar, sebelum ini pun saya sudah menjelaskan yang saya dan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan cinta.
Tambah cool apabila Shahir mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Adakah memang benar kisah cinta antara Shahir dan Che Ta selama ini hanyalah gosip semata-mata? Hanya mereka sahaja yang tahu.
Kepada Che Ta dan Zain, tahniah saya ucapkan, saya mendoakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Selepas ini saya harap tiada lagi yang mengaitkan saya dengan dia atau sesiapa sahaja, cukuplah setakat ini sahaja. Mungkin anda rasa impaknya kecil, tetapi disebabkan gosip-gosip dan cerita tidak berasas ini boleh membuatkan sesetengah pihak tersinggung. Jadi saya harap selepas ini janganlah ada gosip sebegini lagi
Diharap Shahir tidak akan merajuk dan sekali lagi menghilangkan diri daripada dunia hiburan tanah air. Kang sedih pulak peminat anda. Cukuplah rajuk selama setahun sebelum ini. Fokuskan kembali diri anda untuk kembangkan semula karier. Sambil menyanyi, sambil boleh cari jodoh. Hehehe.