Written by AbangNara | December 26th, 2013

Pening juga kepala Abang Nara dengan si Johan As’ari ini. Kadang-kadang bila baca kenyataan yang dibuat olehnya, memang macam tak masuk akal. Bila membaca kata-kata Johan menerusi Kosmo hari ini, nampak macam orang berilmu. Namun bagi Abang Nara, walaupun jodoh itu memang sudah ditetapkan, sedikit sebanyak usaha yang kita lakukan menentukan siapakah jodoh kita.

johan dan lana

Kata Johan:-

Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.

Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini

Yang tambah memeningkan Abang Nara apabila Johan memaklumkan dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa. Terang Johan:-

Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja. Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya.

Ramai yang beranggapan bahawa Johan selama ini sengaja mencari publisiti murahan dengan mengumumkan percintaan, kemudian putus. Perkara ini sudah terjadi beberapa kali. Johan menafikan perkara ini. Katanya:-

Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai. Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan

johan

Pendapat Abang Nara, jangan hanya salahkan takdir Allah semata-mata. Akan tetapi kalau dah sampai 3,4 kali perkara yang sama berulang, mesti ada “something wrong somewhere”. Apa kata Johan tanya hati sendiri sama ada benar-benar ikhlas mahu mendirikan rumahtangga atau masih belum bersedia sepenuhnya. Empunya badan pasti akan tahu jawapannya. Tak gitu?

P.S: Spyshot Perodua Alza 2014

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.