“Saya Tidak Mahu Virus Anda Di Negara Saya”, Pelajar Dipukul Oleh Kumpulan Rasis Hanya Kerana Isu Coronavirus

Trending

“Saya Tidak Mahu Virus Anda Di Negara Saya”, Pelajar Dipukul Oleh Kumpulan Rasis Hanya Kerana Isu Coronavirus
Seorang pelajar dari Singapura teruk dibelasah selepas dikaitkan dengan virus COVID-19 atau coronavirus yang menular dari China. Jonathan Mok yang kini menetap di London dipukul oleh sekumpulan lelaki dan wanita di Oxford Street pada 24 Februari yang lalu.
Kejadian itu bermula selepas dia yang melintasi kumpulan itu terdengar mereka berkata sesuatu tentang coronavirus. Dia kemudian menoleh kepada kumpulan itu dan ditegur oleh salah seorang dari mereka ‘Jangan berani pandang kami begitu’ sebelum ditumbuk pada bahagian muka.

Secara tiba-tiba satu tumbukan melayang pada muka saya. Dalam keadaan terkejut itu, lelaki yang kedua juga melayangkan satu lagi tumbukan pada saya.

jonathan mok

Advertisement

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menghentikan pergaduhan itu. Pada masa yang sama, dia cuba menerangkan kepada orang awam di situ bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tiba-tiba dipukul oleh kumpulan itu.

“Saya tak mahu coronavirus kamu di negara saya ini.”

jonathan mok

Salah seorang daripada kumpulan itu berkata dia tidak mahu coronavirus yang dibawa lelaki itu di negara tersebut. Ini bukanlah kali pertama orang Asia diserang di luar negara sejak penularan wabak coronavirus. Beberapa mangsa lain yang juga dari Asia seringkali menjadi mangsa serangan dan dituduh membawa virus tersebut.

Orang Asia diserang

Seorang wanita China diserang di New York hanya kerana memakai topeng muka ketika berada di New York Subway Station oleh seorang lelaki. Pemakaian topeng muka adalah satu perkara biasa oleh orang Asia dan sudah lama dipraktikkan sebelum coronavirus merebak lagi.

Restoran China yang terletak di New York juga menjadi sunyi sepi tanpa pelanggan sejak penularan wabak ini. Walaupun tiada kes yang dicatatkan di negara itu namun perniagaan oleh rakyat China di sana menerima tamparan hebat. Beberapa gambar menunjukkan keadaan kosong di restoran milik rakyat China turut dikongsikan di media sosial.

restoran china

Di Malaysia, kes coronavirus mencatatkan tujuh kes terbaru COVID-19 menjadikan 36 kes yang diterima setakat ini. Seramai 14 pesakit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala 22 yang lain sudah dibenarkan pulang. Sebelum ini, berita pekerja Khazanah Nasional dijangkiti wabak itu mengejutkan ramai pihak selepas didakwa mempunyai kontak rapat dengan bekas menteri.

Artikel berkaitan: Pekerja Khazanah Nasional Dijangkiti Covid-19 Berada Dekat Dengan Bekas Menteri Pada Hari Simptom Muncul

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...