Saya Tidak Mahu Kongsi Foto Isteri Kedua Di Media Sosial Kerana Hanya Akan Undang Spekulasi – Adi Putra

Hiburan

Saya Tidak Mahu Kongsi Foto Isteri Kedua Di Media Sosial Kerana Hanya Akan Undang Spekulasi – Adi Putra

Umum mengetahui pelakon Adi Putra kini mempunyai dua orang isteri. Perkahwinan kedua Adi tidak kami nafikan dihimpit dengan pelbagai kontroversi.

Advertisement

Tidak mahu isu perkahwinan kedua beliau terus menjadi buah mulut orang ramai, Adi membuat keputusan untuk tidak memuat naik sebarang foto bersama isteri keduanya di laman sosial.

Saya ada sebab tertentu mengapa saya tidak berkongsi langsung gambar isteri kedua saya di Instagram.

Bagi saya, media sosial ialah senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri. Mengapa kita perlu dekat dengan bahan api kalau kita tahu ia boleh membahayakan diri?

Buat Adi, lebih baik untuk beliau membimbing isterinya daripada terlalu sibuk dengan media sosial.

Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib? Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah yang lebih baik daripada sibuk dengan media sosial.  Dalam hal ini, kita kena ingat, ia bukan saja membabitkan kedua-dua isteri, tetapi juga ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkara itu yang saya kena jaga.

Berbicara sama ada kedua-dua isterinya sudah bertemu, Adi tidak mahu terlalu memaksa isteri-isterinya.

Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir.

Tidak mengapa jika Adi Putra tidak mahu berkongsi foto isteri keduanya dengan peminat. Apa yang penting, mereka sekeluarga dapat kekal bahagia dan Adi juga dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...