October 14th, 2016

Terkenal menerusi watak jahat, Bella didalam drama Dia Semanis Honey, nama Nadya Syahera kini sudah mula mendapat perhatian peminat industri lakonan tanah air.

Namun, lumrah bergelar selebriti Nadya baru-baru ini dihimpit kontroversi dan dikecam oleh sesetengah netizen apabila beliau seakan tidak kisah untuk melakukan adegan bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim . Netizen beranggapan ia tidak selari dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung. Malah, ada juga foto dimana tunang Nadya merangkul bahunya juga turut dikritik oleh netizen.

Menjelaskan isu berkenaan, Nadya memberitahu beliau tidak mahu menipu orang ramai dengan menampilkan imej wanita muslimah sempurna tetapi beliau ingin menjadi dirinya sendiri. Menurut Nadya, biarlah beliau tanggung segala dosanya.

Saya hanya menjadi diri saya yang sebenar, enggan hipokrit, berpura-pura baik di hadapan khalayak. Isu bersetuhan dengan lelaki, itu dosa yang perlu saya tanggung sendiri.

Masyarakat di luar sana bebas membuat persepsi sendiri, tiada siapa boleh menghalang. Di dunia realiti, begitulah cara hidup saya. Bagaimanapun, saya sedar akan batas pergaulan yang perlu dihadkan.

Kami tidak katakan apa yang dilakukan oleh Nadya Syahera ini betul, tetapi untuk apa juga untuk beliau tampil menjadi “plastik” hanya untuk memuaskan hati orang ramai?

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...