Saya Tidak Mahu Dikenali Kerana Kontroversi – Tania Hudson

Hiburan

Saya Tidak Mahu Dikenali Kerana Kontroversi – Tania Hudson

Minggu lepas, nama Tania Hudson tiba-tiba menjadi hangat serta bualan ramai kerana dakwaan sebagai orang ketiga punca hubungan Fattah Amin dan Neelofa retak.

Advertisement

Sehingga hari ini beliau masih dikecam sesetengah pihak meskipun sudah menafikan gosip liar tersebut.  Tidak kurang juga, ada yang mengkritik Tania cuma ingin meraih publisiti murahan.

Namun, Tania memberitahu beliau sama sekali tidak ingin dikenali kerana kontroversi hangat.

Saya tidak mengejar populariti, malah tidak mahu dikenali dengan cerita negatif. Bagi saya, populariti dan kejayaan hanya datang bersama kerja keras dalam lakonan. Saya tidak lihat kontroversi ini bagus untuk perkembangan kerjaya seni.

Tania tidak tertekan dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Walaubagaimanapun, beliau tidak boleh bertolak ansur apabila ada yang turut mengheret nama kakaknya, Natasha Hudson dalam kontroversi berkenaan.  Tindakan itu seakan mencemarkan maruah keluarganya.

Ditanya jika beliau ingin mendapatkan penjelasan Fattah ataupun Neelofa berhubung kontroversi mereka bertiga, Tania menjawab beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mahu memperbesarkan hal tersebut.

Saya rasa tidak perlu memperbesarkan lagi perkara ini dengan mendapatkan penjelasan mana-mana pihak. Saya percaya, gosip dan kontroversi ini akan berlalu dengan begitu saja nanti. Saya sudah masak dengan permainan gosip dan kontroversi yang kebiasaannya dicetuskan berdasarkan perkara tidak sahih.

Apa berlaku antara Fattah dan Neelofa adalah ketentuan takdir dan hanya mereka berdua tahu sebabnya. Sudah tiba masa untuk peminat mereka berdua menerima hakikat mereka tidak semestinya bersatu seperti didalam drama.

Sumber Berita : Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...