Saya Tidak Langgar Adat – Awal Ashaari

Hiburan

Saya Tidak Langgar Adat – Awal Ashaari

Nampaknya masih ramai yang tidak berpuas hati dengan lamaran secara live yang telah dilakukan oleh Awal Ashaari terhadap Scha menerusi rancangan Propaganza. Sebelum ini Abang Nara sudah kongsikan penerangan Awal tentang perkara tersebut menerusi video, namun mungkin ada yang malas menonton kerana durasinya yang agak lama.

awal dan scha

Advertisement

Jadi hari ini Abang Nara ingin kongsikan penjelasan Awal Ashaari tentang perkara tersebut yang telah dikeluarkan menerusi Pancaindera. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak akan berpuas hati. Kata Awal:-

“Apa yang saya buat itu untuk kepuasan diri sendiri. Pada yang tak suka, saya minta maaf banyak-banyak. Perbuatan itu bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak tiru budaya barat. Saya rasa setiap individu yang nak berkahwin mesti bertanya pada pasangannya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak. Itu cara saya bertanya pada Scha tapi saya ambil simbolik saja tak ada kena mengena dengan budaya barat. Niat saya cuma nak buat satu lamaran rasmi walaupun masing-masing dah faham.

awal scha

Untuk pengetahuan anda, Awal sudah banyak kali mencuba untuk membuat lamaran sebegitu terhadap Scha namun ada sahaja halangannya. Kata Awal:-

Saya nak letak cincin dalam kek, tapi takut Scha tak perasan. Jadi masa Scha mengacara Propaganza, saya nak bagi kejutan guna kek puff lova sebab Scha suka, tapi lepas fikir takut kejutan tak menjadi, saya masuk set masa dia tengah mengacara, itu yang jadi melutut itu. Agenda nak lamar Scha secara terbuka ni dah lama, sejak AIM 18 (Anugerah Industri Muzik Ke-18), FFM 24 (Festival Filem Malaysia Ke-14) tapi tak dapat sebab jadual Scha terlalu ketat.

awal scha
Yang penting bagi Awal, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Yang penting Awal tidak membelakangi adat apabila sebenarnya sudah pun masuk merisik Scha sebelum membuat lamaran secara live.

Sukar nak puaskan hati orang lain terutama bila kita selebriti sebab apa yang kita buat jadi perhatian yang penting ia tidak bertentangan dengan agama atau menghina sesiapa, selagi itu saya rasa tak ada perkara yang perlu diperbesarkan.Majlis merisik dah pun dibuat pada 30 Mei 2011, bersamaan tarikh hari jadi Scha ke-28 tahun. Cuma kami tak buat majlis bertunang, terus menikah pada 4 Mei nanti.

Diharap dengan penjelasan panjang lebar ini, anda semua akan dapat menerima apa yang telah Awal lakukan. Apa pun perkara tersebut sudah pun berlalu, apa kata kita sama-sama doakan agar persiapan perkahwinan Awal dan Scha berjalan dengan lancar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

73 Comments

  1. Anonymous

    April 3, 2012 at 11:31 am

    bestnya, aku pun nak lamaran yg romantik gak, tapi apa boleh buat dapat yg xromantik langsung. salah satu perkara paling penting dalam hidup wanita yg jgn dirosakkan walau macamana kayu pun anda, saat melamar jika dia gf anda tp kalau pilihan keluarga itu semulajadi surprise. sekiranya anda suami yg terlepas peluang melamar secara romantis kerana anda seorang tidak romantik dulu, tebuslah saat itu kembali di hari anniversary, jadilah suami yg pandai buat surprise utk isteri kerana isteri lebih bahagia jika dapat mencintai anda selain drpd hanya menyayangi anda kerana anda suaminya

  2. aku

    April 3, 2012 at 12:54 am

    perangai awal ni cm budak2 xmatang.. mcm mana la boleh jd pengacara.. cam hampeh..bosan aku tgk..

  3. sha alcahya

    April 2, 2012 at 9:41 pm

    Brapa hari pulak la agaknya sibudak2 ni kawen ea.. brlutut pasal.. harap2 kekal la ea.. jgn nan hadoo dah ler…

  4. Toya

    April 2, 2012 at 7:01 pm

    Niat tu dh bleh baca bai..plan nk lamar di AIM, FFM..apsal x wat kat nasi kandar je, korg dua je tahu..

  5. selipar hijau

    April 2, 2012 at 5:38 pm

    AH!!!!!!!!!!!!!!!! persetankan itu semua… yang ye nye korang pon nak camtu.. tapi tak dapat.. kan kan kan??? aceceh… tanak ngaku plak… hahahaha

Loading...