Saya Tidak Langgar Adat – Awal Ashaari

Hiburan

Saya Tidak Langgar Adat – Awal Ashaari

Nampaknya masih ramai yang tidak berpuas hati dengan lamaran secara live yang telah dilakukan oleh Awal Ashaari terhadap Scha menerusi rancangan Propaganza. Sebelum ini Abang Nara sudah kongsikan penerangan Awal tentang perkara tersebut menerusi video, namun mungkin ada yang malas menonton kerana durasinya yang agak lama.

awal dan scha

Advertisement

Jadi hari ini Abang Nara ingin kongsikan penjelasan Awal Ashaari tentang perkara tersebut yang telah dikeluarkan menerusi Pancaindera. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak akan berpuas hati. Kata Awal:-

“Apa yang saya buat itu untuk kepuasan diri sendiri. Pada yang tak suka, saya minta maaf banyak-banyak. Perbuatan itu bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak tiru budaya barat. Saya rasa setiap individu yang nak berkahwin mesti bertanya pada pasangannya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak. Itu cara saya bertanya pada Scha tapi saya ambil simbolik saja tak ada kena mengena dengan budaya barat. Niat saya cuma nak buat satu lamaran rasmi walaupun masing-masing dah faham.

awal scha

Untuk pengetahuan anda, Awal sudah banyak kali mencuba untuk membuat lamaran sebegitu terhadap Scha namun ada sahaja halangannya. Kata Awal:-

Saya nak letak cincin dalam kek, tapi takut Scha tak perasan. Jadi masa Scha mengacara Propaganza, saya nak bagi kejutan guna kek puff lova sebab Scha suka, tapi lepas fikir takut kejutan tak menjadi, saya masuk set masa dia tengah mengacara, itu yang jadi melutut itu. Agenda nak lamar Scha secara terbuka ni dah lama, sejak AIM 18 (Anugerah Industri Muzik Ke-18), FFM 24 (Festival Filem Malaysia Ke-14) tapi tak dapat sebab jadual Scha terlalu ketat.

awal scha
Yang penting bagi Awal, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Yang penting Awal tidak membelakangi adat apabila sebenarnya sudah pun masuk merisik Scha sebelum membuat lamaran secara live.

Sukar nak puaskan hati orang lain terutama bila kita selebriti sebab apa yang kita buat jadi perhatian yang penting ia tidak bertentangan dengan agama atau menghina sesiapa, selagi itu saya rasa tak ada perkara yang perlu diperbesarkan.Majlis merisik dah pun dibuat pada 30 Mei 2011, bersamaan tarikh hari jadi Scha ke-28 tahun. Cuma kami tak buat majlis bertunang, terus menikah pada 4 Mei nanti.

Diharap dengan penjelasan panjang lebar ini, anda semua akan dapat menerima apa yang telah Awal lakukan. Apa pun perkara tersebut sudah pun berlalu, apa kata kita sama-sama doakan agar persiapan perkahwinan Awal dan Scha berjalan dengan lancar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...