Pelakon Raja Afiq memberitahu beliau tidak gentar dengan pendedahan yang bakal dilakukan oleh bekas kekasihnya, Anis Al Idrus tentang kisah putus cinta mereka kerana beliau tidak menyembunyikan sebarang rahsia.
Terpulang kepada dia (Anis) untuk memberi penjelasan atau mendedahkan punca kenapa hubungan kami putus. Saya tiada apa-apa perkara yang ingin ditakutkan. Bagi saya, adalah lebih baik penjelasan tentang perpisahan itu dibuat secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak pun.
Raja Afiq juga menafikan perpisahan mereka adalah disebabkan orang ketiga dan pelakon Neina Baharun juga tidak ada kena mengena dengan isu  beliau dan Anis.
Niena tiada kena mengena dengan hubungan kami, dia pun tahu tentang hubungan kami putus melalui akhbar seperti orang lain juga.
Kami memang baik atas dasar sahabat dan tidak lebih daripada itu. Dia juga sudah ada kekasih.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan bergandingan dengan bekas kekasihnya dalam apa-apa acara, Raja Afiq berkata, beliau  akan cuba mengelak supaya tidak mahu timbul rasa kurang senang antara kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun beliau akan sentiasa bersikap profesional jika ia berkaitan soal kerja.
Pada kami kalau sudah tiada jodoh, untuk apa lagi hendak dedahkan punca perpisahan. Kadang-kadang lebih baik untuk diri kita sahaja tahu apa yang berlaku. Tak gitu?