Selalunya kita tahu golongan selebriti pasti mahu mengenakan pakaian berjenama dan sering tampak mewah serta memanjakan anak-anak mereka dengan kekayaan. Namun, tidak bagi Diana Danielle, Â beliau hanya mahukan yang terbaik buat masa hadapan anak-anaknya, Diana tidak kisah jika beliau terpaksa membeli baju di pasar malam kerana ingin menyimpan wang untuk anak-anaknya.
Saya tidak kisah membeli baju di pasar malam asalkan tidak membazir wang. Saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika remaja dulu. Jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam.
Saya simpan wang untuk masa depan anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.
Buat Diana keutamaan beliau kini adalah untuk menjaga Muhammad dan Nur Aurora dengan baik. Malah, beliau juga sudah lama tidak keluar membeli-belah dan masih menggunakan beg tangan, kasut dan baju  lama yang masih elok sehingga kini.
Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi ia kini bukan lagi keutamaan.
Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir.
Bagus prinsip Diana Danielle ni, iyalah untuk apa menghabiskan wang beribu ringgit untuk menggayakan baju berjenama sedangkan banyak juga baju pasar malam yang agak selesa untuk dipakai bukan? Kadang-kadang tidak perlu menunjuk sangat kemewahan yang ada.Heh..