Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tidak Dapat Membayangkan Hidup Tanpa Ashraf – Bunga Citra Lestari

ashraf sinclair bunga citra lestari

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengidamkan bahagia bersama insan tercinta sehingga akhir hayat mereka. Memang tidak dapat bayangkan perasaan Bunga Citra Lestari apabila kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung pada usia agak muda iaitu 41 tahun.

ashraf sinclair meninggal dunia

Advertisement

Sepanjang mereka bergelar suami isteri selama 12 tahun, rumah tangga Bunga Citra Lestari dan Ashraf aman tanpa sebarang gosip liar.

Jujur antara satu sama lain

ashraf sinclair meninggal dunia

Hubungan mereka sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain, ada jatuh bangunnya dan diuji dengan pelbagai perkara. Namun, kunci kebahagiaan perkahwinan mereka adalah sikap jujur antara satu sama lain.

Advertisement

Kami sama-sama berjuang, sama seperti pasangan suami-isteri yang lain. Kami juga pasti punya masalah. Kami juga punya saat-saat bahagia kami sendiri.

ashraf sinclair bunga citra lestari

Yang pasti, dari awal prinsip saya dengan Ashraf adalah, intinya, kami harus saling jujur satu sama lain, apakah kami masih ingin berjuang bersama atau tidak. Kalau tidak, tidak apa-apa, kami masih jadi rakan.

Tidak boleh bayangkan hidup tanpa Ashraf

ashraf sinclair meninggal dunia

Saling mencintai antara satu sama lain dengan begitu mendalam, Bunga Citra Lestari juga pernah mengatakan dia tidak boleh membayangkan kehidupannya tanpa Ashraf di sisi.

Setakat ini, saya tidak boleh membayangkan hidup tanpa Ashraf. Sampai sekarang, pandangan saya masih seperti itu. Jadi, mudah-mudahan kami berdua terus diberi kekuatan untuk mampu terus mencintai satu sama lain sampai nanti.

ashraf sinclair meninggal dunia

Kehilangan orang tersayang sangat perit untuk diterima apatah lagi dalam sekelip mata sahaja. Ibarat separuh jiwa sudah pergi, tiada lagi tempat bermanja dan berkasih sayang.

Sumber Berita : Kumparan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. umairah

    February 22, 2020 at 1:00 pm

    soal rumah tangga jgn dijaja di media sosial. doa yg baik2

  2. Ej

    February 19, 2020 at 8:46 pm

    Sayang kan suami jagalah imej berpakaian…supaya ringan tanggungan suami Di sana ….Aaminnn

  3. H

    February 18, 2020 at 10:04 pm

    SEksi BCL

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top