Saya Tidak Cari Penaja Untuk Perkahwinan – Siti Saleha

Hiburan

Saya Tidak Cari Penaja Untuk Perkahwinan – Siti Saleha

Bakal menamatkan zaman bujangnya pada 28 Julai ini, pelakon Siti Saleha memberitahu beliau bagaimanapun tidak mahu perkahwinan beliau ditaja seperti selebriti lain. Iyalah, selalunya selebriti popular pasti akan menerima tajaan sehingga jutaan ringgit untuk raja sehari mereka.

Advertisement

Menurut Siti Saleha, segala kos perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil titik peluhnya sendiri dan keluarga.

Saya sendiri tidak mencari dan menawarkan kepada mana-mana pihak untuk menaja. Setakat ini perbelanjaan besar semuanya hasil duit poket saya dan keluarga. Andai ada pun yang sudi menaja hanya membabitkan perkara yang kecil. Memandangkan saya duta kepada jenama minuman Nescafe. Mereka berkemungkinan akan meletakkan gerai pada hari resepsi nanti.

Kalau ada tajaan itu rezeki tetapi Siti Saleha nampaknya lebih berpuas hati untuk menggunakan wangnya sendiri demi majlis raja seharinya. Apa yang penting, segala perancangan berjalan lancar dan pengantin juga selesa dengan kehendak serta citarasa mereka untuk majlis perkahwinan nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...