Mengakui tidak boleh hamil lagi atas beberapa sebab tertentu selepas keguguran sekitar tahun lalu, penyanyi Elyana memberitahu beliau berhasrat untuk mengambil anak angkat. Jika ada peluang, beliau mahu mencari keluarga susah yang tidak mampu unutk menjaga bayi mereka untuk di ambil sebagai anak angkat.
Anak saya sudah besar tahun ni berusia 6 tahun dan saya sebenarnya dah lama sangat hendak menambah zuriat. Namun selepas keguguran tahun lalu, saya tidak boleh hamil atas sebab-sebab tertentu. Jadi saya berhasrat untuk mengambil anak angkat dan sekarang sedang mencari.
Saya kalau boleh mahu cari keluarga yang susah serta yang benar-benar tidak mampu hendak menjaga bayi mereka. Tidak kisah apa jantina mereka pun saya akan terima. Malah jika ada rezeki lebih saya mahu ambil anak angkat lebih dari satu.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada November 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Summayah yang kini berusia 6 tahun.