Seperti diketahui ramai, nama pelakon Fathia Latiff sejak beberapa bulan lalu sering menjadi perhatian susulan kontroversi yang sering dicetuskan olehnya.
Hidap gangguan metal skizofrenia
Terbaru, melalui laman Instagramnya, aktres terbabit membuat pengakuan secara terbuka bahawa dirinya derita dengan gangguan mental skizofrenia.
Namun begitu, Fathia tidak menceritakan perkara tersebut secara terperinci tetapi sempat memohon maaf kepada ibunya di dalam hantaran pengakaun yang dimuat naik di laman Instagramnya itu.
View this post on Instagram
‘Minta maaf membebankan’
Saya benar-benar kesal kerana membebankan awak dengan penyakit skizofrenia dan tidak berniat menyusahkan ibu. Saya berjanji akan buat lebih baik supaya hubungan kita kembali seperti dulu.
Dalam pada masa yang sama, Fathia turut berkongsikan sikap sebenar ibunya yang dikatakan garang tetapi sedar tidak mudah untuk membesarkan anak sepertinya.