Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tidak Benarkan Sharnaaz Lakonkan Babak Panas – Noor Nabila

Bakal bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac ini, Noor Nabila memberitahu beliau melarang bakal suaminya itu untuk melakonkan babak panas selepas berkahwin nanti.  Sharnaaz seharusnya menjaga batas-batasnya sebagai seorang suami agar ia tidak menjejaskan rumah tangga mereka nanti.

Advertisement

Menurut Noor Nabila, sesebuah drama itu tidak memerlukan adegan romantik untuk mendapat perhatian penonton.

Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu.

Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik. Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu. Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti.

Dalam pada itu, berbicara mengenai perkahwinan yang bakal berlangsung, Sharnaaz akui beliau merasa sedikit gemuruh. Sharnaaz berkata beliau bakal bercuti selama sebulan bermula bulan Mac ini untuk melakukan persiapan perkahwinannya dan berbulan madu nanti.

Advertisement

Saya sangat gemuruh, risau dan takut apabila memikirkan tarikh yang semakin hampir, perasaan yang tidak tahu untuk digambarkan.

Setiap kali malam, mata saya tidak mahu lelap dan fikir banyak benda serta tanggungjawab saya selepas ini.

Nampaknya lepas ini abang hero kita Sharnaaz Ahmad tidak dapat berlakon aksi romantik lagi. Hehe.. Tidak mengapa, apa yang penting adalah menjaga kesejahteraan rumah tangga yang bakal dibina.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : bcreative_productions

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama