Semalam usahawan penuh kontroversi, Nur Sajat ataupun nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzaman telah didakwa di mahkamah berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ketika pertuduhan ingin dibacakan, Sajat gagal untuk mengemukan sebarang dokumen pengenalan diri. Alasan yang diberikan ialah beliau baru sahaja pulang dari luar negara.
Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara.
Bagaimanapun prosiding tetap diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan lelaki itu kepada mahkamah. Sajat yang dituduh bawah Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan mengaku bersalah gagal mengemukakan penyata GST empat tahun lalu.
Prosiding pendakwaan Sajat dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pihak pendakwa.
Pendedahan nama lelaki Sajat oleh pihak mahkamah mendapat perhatian netizen kerana sebelum ini beliau sebelum ini bersungguh-sungguh mengakui dirinya seorang wanita tulen.