Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Tidak Akan Tegakkan Benang Yang Basah..” Pelakon Iklan Judi Akui Kesilapan

Pelakon iklan judi yang tular baru-baru ini, Saif Yunus memberitahu bahawa dia ingin membersihkan namanya daripada cemuhan yang dipalitkan ke atas dirinya akibat penglibatannya dalam penerbitan iklan tersebut.

Ujar Saif, netizen hanya bercakap berdasarkan apa yang dilihat namun tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.

Advertisement
SAIF YUNUSSumber : Google  

Saif, atau nama sebenarnya Saifullah Mohd Yunus, ketika dihubungi sebuah media menjelaskan bahawa dia sudah memaafkan semua orang yang bertindak untuk mengecam dan melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya.

Dia yang juga turut berlakon dalam sebuah drama berjudul Marry Me Senorita itu berkata bahawa dirinya sama sekali tidak akan menegakkan benang yang basah kerana menyedari perkara tersebut adalah satu kesalahan.

Iklan Judi Raya 2021Sumber : Google  

 

“Walaupun saya sudah minta maaf sebelum ini, netizen masih nampak salah dan buruk. Tapi saya tetap mahu bersihkan nama saya. Saya cuba untuk jelaskan agar semua faham tapi jika ada yang masih tidak faham, nak buat macam mana. Apa yang penting saya sudah lakukan perkara sepatutnya.”

Sama sekali tidak menganggap netizen yang mengecamnya sebagai jahat, Saif bersyukur perkara tersebut terjadi ke atas dirinya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Menjadikan insiden tersebut sebagai satu pengalaman dan pengajaran terbesar dalam hidupnya, pelakon baru berusia 24 tahun ini menganggap segalanya sebagai satu ujian daripada Allah S.W.T.

Iklan judi RayaSumber : Google  

 

“Setiap orang ada ujian berbeza. Saya terima ujian ini pada umur 24 tahun. Saya rasa bertuah sebab perkara ini menjadi pengajaran awal untuk saya terus maju dalam bidang lakonan..”

Terdahulu, Saif berserta lima orang pelakon lain dalam iklan yang tular itu telahpun dipanggil untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 16 April yang lalu.

SUMBER : Harian
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. retis hauk.

    April 20, 2021 at 8:14 am

    iyo la tu! lepas ni habis lah kau, makin takda job. tv stesen semua dah ban kau.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top