Tular sebuah kes yang menarik perhatian orang ramai apabila seorang lelaki tampil mendakwa isterinya dan seorang lelaki lain yang didakwa sebagai ‘suami pertama’ wanita tersebut terlibat dalam kegiatan penipuan.
Lelaki berkenaan, Muhamad Basyir, yang menganggap dirinya sebagai suami kedua kepada wanita dikenali sebagai Una, tampil membuat pendedahan selepas isu itu menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini.

Dalam kemas kini terbaharu, Basyir memaklumkan bahawa dia terpaksa memadam hantaran yang tular sebelum ini atas alasan keselamatan dan atas permintaan pihak berkuasa.
Saya Muhamad Basyir ‘suami’ kedua Una yang telah kecoh dan tular minggu ini ingin menjelaskan hantaran sebelum ini dipadamkan kerana faktor keselamatan ibu saya dan juga kes ini telah mendapat liputan sangat meluas dari pihak media luar sana.
Pihak berkuasa juga meminta saya memadamkan segala hantaran supaya segala siasatan ke atas mereka berdua dapat dijalankan dengan lancar.
Bagaimanapun, kes saya tetap akan berjalan di bawah enakmen jenayah syariah dan saya tidak akan sekali-kali menarik laporan beserta bukti yang telah saya kemukakan.
Menurut Basyir, sebab dia menularkan pendedahan itu adalah bagi memberi peringatan kepada orang ramai tentang dua individu tersebut.

Terdahulu, Basyir mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan apabila menyangka wanita itu masih bujang. Mereka dikatakan berkenalan melalui kelab kereta Axia, kemudian menjalinkan hubungan serius dan berkahwin di Thailand.
Sepanjang perkahwinan, mereka tinggal berjauhan dan memiliki seorang ‘cahaya mata’, namun semuanya terbongkar apabila wanita itu mendakwa anak mereka dirawat di ICU tetapi tidak membenarkan keluarga melawat.
Beberapa minggu kemudian, keluarga Basyir mendapati wanita itu sebenarnya masih isteri orang dan ‘anak’ tersebut ialah zuriat Una bersama ‘suami pertama’. Basyir juga mendakwa Una mempunyai rekod penipuan serta identiti palsu.
Siasatan pejabat agama mengesahkan perkahwinan mereka tidak sah dan wanita itu dipercayai memalsukan dokumen perceraian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
