Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dirinya tidak akan meletak jawatan sebagai pemimpin negara biarpun diasak daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang.
Selagi tak curi duit rakyat, tak akan letak jawatan
Menurutnya, beliau berpegang kepada prinsip untuk tidak tunduk dengan tekanan politik selagi dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.
Saya tidak akan turun kecuali kalau saya curi duit rakyat. Kalau saya curi, suruhlah saya turun. Tapi saya tak curi duit orang.
“Isu-isu lama dah tak relevan..”
Dalam pada itu, Anwar atau mesra dipanggil sebagai PMX berkata isu-isu lama yang sering dijadikan bahan serangan politik sudah tidak relevan, apatah lagi sudah hampir tiga tahun dirinya bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Saya dah nyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kalau ada kes, saya tak akan pertahan dan kalau ada pemimpin yang miliki kekayaan RM100 juta, dia kena jawab.
Tambahannya lagi, jika ada pihak yang ingin mencabarnya secara politik perlu menggunakan saluran yang betul, contohnya melalui Parlimen.