Saya Tidak Akan Ceraikan Rozana – Awie

Hiburan

Saya Tidak Akan Ceraikan Rozana – Awie

Baru-baru ini, Rozana Misbun telah berjaya mendapatkan tuntutan fasakh secara taklik daripada pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand.  Majlis Agama Islam Songkhla (tempat pernikahan Awie & Rozana) telah meluluskan permohonan fasakh tersebut, sekaligus mengesahkan yang mereka bukan lagi suami isteri berkuatkuasa 1 November 2014.  Meragui proses tuntutan fasakh itu, Awie menegaskan yang mereka berdua masih suami isteri dan enggan menceraikan Rozana.

awie dan rozana

Advertisement

Awie turut menimbulkan beberapa persoalan bagaimana Rozana boleh memfailkan cerai secara fasakh tersebut sedangkan isterinya itu sendiri tidak tahu dimanakah tempat yang sepatutnya sijil perkahwinan mereka dikeluarkan. Kata Awie:-

Saya pelik bagaimana dia boleh memfailkan perceraian di Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand sedangkan dia sendiri sebelum ini yang dedahkan bahawa pernikahan itu tidak sah mengikut undang-undang negara kerana tidak didaftar di mana-mana.

Kami berkahwin di dalam sebuah rumah yang diuruskan oleh ejen dan selepas itu ejen tersebut yang uruskan sijil pernikahan itu. Namun ejen itu pun sudah melarikan diri. Bagaimanapun dari segi peraturan Islam, pernikahan itu sah.

Saya hidup lagi dan tidak akan menceraikan dia sebelum semua kes kami selesai di mahkamah dan saya anggap apa yang dia dedahkan itu adalah satu pembohongan.

Kalau mahu cerai perlulah ikut prosedur yang betul di mahkamah kerana ia adalah hukum Allah, jangan gunakan duit untuk beli semua perkara itu sebagai jalan mudah

rozana

Masing-masing nampaknya yakin diri sendiri berada di pihak yang benar. Memang agak complicated masalah yang melanda Awie dan Rozana ini. Secara jujur, kalau dah tak suka lebih baik lepaskan je. Namun mungkin Awie masih sayangkan Rozana. Kita tidak tahu apa yang difikirkan oleh Awie. Mungkin Awie masih berharap rumahtangga mereka dapat diselamatkan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...