Saya Tidak Akan Bertanding Dalam PRU13 – Wardina Safiyyah

Hiburan

Saya Tidak Akan Bertanding Dalam PRU13 – Wardina Safiyyah

Beberapa blog politik sebelum ini kecoh menyatakan yang Wardina Safiyyah akan menjadi calon di dalam PRU13. Namun hari ini, Wardina menafikan perkara tersebut dan berkata yang dia tidak akan mewakili mana-mana parti politik termasuk Pakatan Rakyat. Malah Wardina menegaskan yang dia tidak bercadang untuk bergiat aktif di dalam politik.

wardina

Advertisement

Wardina yang ditemubual oleh MyNewsHub berkata:-

Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini. Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Yang paling bagus, Wardina menyatakan yang dia mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya di samping sibuk melanjutkan pelajarannya. Bagi Abang Nara ini satu langkah yang bagus kerana imej Wardina sememangnya sangat bersih. Semoga Wardina tidak terpengaruh dengan ajakan mana-mana pihak untuk terjun ke dalam dunia politik Malaysia.

P.S: Posisi tidur kucing yang sangat cute.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

61 Comments

  1. Anonymous

    May 23, 2012 at 11:31 am

    Lalang For Sure???

    • Lols

      May 26, 2012 at 12:42 pm

      Baik jadi lalang drpd sokong membabi buta. Pemimpin korup pon korang kata ‘takpa’

    • Ya Allah dapat 7A pun bunuh diri

      May 26, 2012 at 1:08 pm

      Wardina for president!

  2. YoKoso

    May 23, 2012 at 10:30 am

    PoyO jEr si Wardina nie! Huh!

    • Anonymous

      May 23, 2012 at 11:27 am

      poyo ko lagi!

  3. Lols

    May 23, 2012 at 1:00 am

    Warning: Soalan panas, kalau tak boleh nak bagi pendapat secara berhemah dan berilmu, sila jgn baca, atau jawab atau komen.

    Kenapa agaknya org Islam yg sudah berubah kearah menjadi muslimin sejati ataupun para mualaf kebanyakkannya tidak menyokong Umno?

    • wakaka

      May 23, 2012 at 9:04 am

      sebab tak sokong umno ada lah kerana wali terompah kata.. sokong aku masuk syurga… ada gak mangkok2 mengong percaya…

      donia apa nak jadi….?

    • auto

      May 23, 2012 at 9:10 am

      tu statement dalam perenggan kedua tu fakta statistik, atau sekadar tanggapan?
      ko tau ke berapa ramai mualaf kat malaysia yg sokong atau tidak sokong UMNO?

      aoa sengal buat statement membabi buta

    • neil_48

      May 23, 2012 at 11:30 am

      ok soklan aku..

      brape ramaikah geng2 parti cine dan india dlm parti campuran tu da jd memeluk islam akibat pakatan tu?
      sejauh manekah penerimaan dan hormatnye mrk trhadap pendirian parti islam trsebut?
      adakah parti islam tu mampu mnjadi parti dominan dlm pakatan itu, dan mampukah mreka mengetuai pakatan itu andai dgn izin Allah mrk mng PRU13?

      dan lastly spe kah ‘ramai muslimin sejati and mualaf’ yg anda maksudkan yg bnar ceramah2 mereka ikhlas tanpe mghemburkan fitnah dan ketidakpastian?

      wassalam..

    • Lols

      May 26, 2012 at 12:39 pm

      Wakaka: statement tu adalah fitnah drpd umno ya, nik aziz tak penah ckp direct cenggitu. Aku ni kira mangkok mengong tu la kut, sbb pecaya org islam mesti menyokong pihak yg adil huhuuhu

      Auto: tak payah fakta kalau pasal ni, personal experience ajer.. Ko ader? Usually dorang ni samada akan sokong terang2 parti yg lebih adil dan telus atau jadi atas pagar. Sengal tak sengal, ko nilai sindri

      Neil: soalan pertama dan kedua ko aku pon tak pasti sbb itu bukan isu yg aku bangkitkan…
      Soalan ketiga, mungkin tak perfect tapi setiap perubahan perlukn permulaan
      Soalan keempat, aku tak maksudkan ahli politik, tapi org biasa. Anyway, mungkin boleh dilihat para artis yg berubah. Org biasa yg mualaf krn mereka mempelajari islam, menurut experience aku, ramai yg cakap drg tak suka umno sbb ramai (bukan semua k) org dlm umno ckp tak serupa bikin dan pendekatan mereka tak islamik. Mualaf ni, dorang belajar pasal islam bila dah dewasa, bukanny sbb keturunan. Drg dah reti pikir betul salah dan lojik ajaran islam tu… Dan dorang tak ada sentimen perkauman sbb yg lebih penting bg dorang adalah agama. Haaaaa cuba korang cek betul2

  4. Puteri Bani Tamim

    May 22, 2012 at 11:31 pm

    Undi adalah rahsia.Tapi sokongan ada dua jenis.Sama ada terbuka atau dalam diam.Mengikut perkembangan Wardina.Dia ala-ala Islamik pembangkang.Jelas di situ.Tak kisahlah…kata demokrasi.Jadi,berdemokrasilah dengan adil,kan?

    Berkenaan sokongan dua jenis ni.
    Secara terbuka…sokongan terbuka ni memang jelas pada individu terbabit.Contoh : Anwar Ibrahim,pembangkang.Najib Razak,kerajaan.JELAS.
    Secara diam…samar.Mungkin individu itu pembangkang,atau mungkin kerajaan.Jenis ini ambil jalan mudah atau jalan selamat.Tak isytihar mana-mana parti.Individu ini berjuang hanya dalam diam.Menyokong secara natural.

    Pesan hamba pada tuan hamba sekalian.
    Jangan taksub.
    Demokrasi Kuffar pasti runtuh.
    Daulah Khilafah kembali tegak.
    Tapi sayang.
    Bukan dengan jalan politik demokrasi kuffar.

    Parti kita parti ALLAH…
    slogan kita “Lailahailallah”
    Ayuh!

    Kita bukan pemula,bukan juga pengakhirnya…tapi kitalah penerusnya.
    Insya-ALLAH. :)

    • pencinta kebenaran.asz

      May 23, 2012 at 10:24 am

      insyaAllah ..kite sama2 berdoa..

  5. tu dia

    May 22, 2012 at 8:38 pm

    suka hati dia lah nak undi mana-mana parti ,hak dia,hak rakyat dah kata negara demokrasi kan!

    • hawa

      May 22, 2012 at 8:59 pm

      Iya, undi tu hak individu. Sy nak undi BN. Hidup BN!!!(“,)

Loading...