Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tidak Akan Bertanding Dalam PRU13 – Wardina Safiyyah

Beberapa blog politik sebelum ini kecoh menyatakan yang Wardina Safiyyah akan menjadi calon di dalam PRU13. Namun hari ini, Wardina menafikan perkara tersebut dan berkata yang dia tidak akan mewakili mana-mana parti politik termasuk Pakatan Rakyat. Malah Wardina menegaskan yang dia tidak bercadang untuk bergiat aktif di dalam politik.

wardina

Advertisement

Wardina yang ditemubual oleh MyNewsHub berkata:-

Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini. Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Yang paling bagus, Wardina menyatakan yang dia mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya di samping sibuk melanjutkan pelajarannya. Bagi Abang Nara ini satu langkah yang bagus kerana imej Wardina sememangnya sangat bersih. Semoga Wardina tidak terpengaruh dengan ajakan mana-mana pihak untuk terjun ke dalam dunia politik Malaysia.

P.S: Posisi tidur kucing yang sangat cute.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

61 Comments

  1. MAK JEMAH

    May 27, 2012 at 1:19 am

    bukan ape,aku tak suka wardina ni sejak kat twitter ade org tweet dia suruh bersabar kalau ade dugaan gitu,pastu dia boleh reply ‘yg suruh bersabar tu, tq ye.kalau kat tempat saya tentu anda pun rasa yg sama’, eh kamon lah,org nak wish ape kat kau kalau kau tgh dlm musibah?padan muka? kau fikir kau tu lindungan kaabah ke? menggelabah haram. terus iols unpolo wardina ni. malap. jgn nak feeling2 bagus okek?

  2. Anonymous

    May 23, 2012 at 3:17 pm

    wardina tidak akan bertanding…tetapi beliau akan membantu rakan2 yg akan bertanding…parti politik mana? yg pasti bukan umno

    • pizza

      May 23, 2012 at 11:26 pm

      Dan itu HAK beliau sbg rakyat Malaysia…

  3. saya sayang malaysia

    May 23, 2012 at 11:48 am

    aduhaiiii .. kita semua kan RAKYAT MALAYSIA .. KENAPA YA PENYOKONG KERAJAAN BERGADUH DENGAN PENYOKONG PEMBANGKANG ??? TOLONGLA JAWAB .. KITA SESAMA ISLAM … ESOK KAT AKHIRAT JUGAK KITA BERKUMPUL YAKNI PEMIMPIN KITA ALLAH SWT…pilihlah pemimpin yang boleh bawa kamu ke jalan yang sebenar seperti sahabat Rasulullah saw dahulu seperti saidina abu bakar, saidina ali … ingat kat dunia sementara ja .. BILA2 MASA BOLEH MATI .. TIME MATI DITANYA KA AKHIRAT ESOK PASAL NI

    • Lols

      May 26, 2012 at 12:44 pm

      Kita akan pasti ditanya knp kita memilih org yg tak adil. Haaa make sure korang ader jawapan yg betul.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top