‘Saya Tidak Akan Beri Muka Kali Ini’ – Zulin Aziz Sangkal Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam

Hiburan

‘Saya Tidak Akan Beri Muka Kali Ini’ – Zulin Aziz Sangkal Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam

Sehingga kini, kecoh di media sosial apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil beberapa individu termasuk artis untuk membantu siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang melibatkan sindiket Macau Scam.

Advertisement

Susulan kejadian, wujud segelintir netizen mula memetik beberapa nama selebriti dan mendakwa bahawa Zulin Aziz merupakan salah seorang artis yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, seakan tampil mahu mempertahankan diri, Zulin dilihat telah memuat naik beberapa posting yang menafikan bahawa artis tersebut merupakan dirinya.

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah apalah. Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku. Di sini saya jelaskan, saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community . Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka.”

Katanya lagi, beliau memang seorang yang tahu menjaga batas pergaulan, malah menegaskan dirinya juga mencari rezeki dengan cara yang halal.

“Saya juga menjaga batas pergaulan. Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yang halal dengan meniaga, berlakon, buat review, masak. Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana.”

Ujar Zulin lagi, namanya tidak pernah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes jenayah online tersebut.

https://www.instagram.com/p/CGkHQ_kn_p4/?igshid=m5z1gn0gxmac

Hal ini demikian kerana, hubungannya dengan individu tersebut hanyalah sekadar kawan sahaja. Zulin juga turut mendedahkan beliau langsung tiada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat dengan ‘Macau Scam’.

Jelasnya lagi, beliau juga bersedia untuk memberi kerjasama andai SPRM memanggilnya untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu, bekas pengacara Melodi itu juga sempat meluahkan perasaan tidak puas hati apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen berunsur fitnah di media sosialnya.

Malah, beliau juga khabarnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika kenyataan berunsur fitnah yang dilemparkan kepadanya itu tidak dihentikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...