Saya Tidak Ada Masalah Dengan Izreen Azminda, Tidak Pernah Mengelak – Amyra Rosli

Hiburan

Saya Tidak Ada Masalah Dengan Izreen Azminda, Tidak Pernah Mengelak – Amyra Rosli

Sekitar bulan lepas, pelakon Izreen Azminda memberitahu beliau tidak mempunyai doa buat pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli bersempena dengan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Izreen juga tidak mahu digandingkan lagi dengan Amar dalam mana-mana drama mahupun filem selepas ini.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Izreen turut mendakwa Amyra sering mengelak atau melarikan diri setiap kali bertembung dengannya.

Terbaru, Amyra menafikan setiap kenyataan Izreen dan  beliau sebenarnya tidak pernah mengelak ataupun mempunyai masalah dengan Izreen.

Saya pernah terjumpa dan terserempak dengannya di mana-mana acara, malah kami pernah menjalani penggambaran di kawasan sama. Saya tak pernah nak mengelak pun, cuma tak ada apa yang saya nak bualkan. Disebabkan itu orang beranggapan saya bermasalah dengannya.

Tambah Amyra, beliau bukanlah seorang wanita yang suka mencetuskan pergaduhan ataupun mencari masalah dengan orang lain.

Saya pun tak tahu apa yang dia perkatakan atau orang lain cakap. Jadi saya tak nak bercakap banyak mengenai perkara ini, tetapi kalau itu yang dia cakap, terpulang kerana saya memang tak pernah ada masalah peribadi dengannya.

Seorang kata begitu dan seorang lagi kata begini. Jika benar Amyra Rosli tidak mempunyai masalah dengan Izreen Azminda, rasanya Izreen tidak perlu lah mengeluarkan lagi sebarang kenyataan. Nanti timbul pula salah faham dan persepsi negatif terhadap anda berdua. Meskipun Izreen dengan Amar Baharin pernah ada isu sebelum ini, lupakan sahajalah.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...