Saya Tidak Ada Doa Buat Amar Baharin- Izreen Azminda

Hiburan

Saya Tidak Ada Doa Buat Amar Baharin- Izreen Azminda

Satu ketika dahulu, pelakon Izreen Azminda dan Amar Baharin dikatakan bercinta selepas bergandingan bersama didalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.  Kata orang pada waktu itu, mereka antara pasangan yang cukup mendapat perhatian ramai apatah lagi Izreen sering bergambar mesra dengan Amar.

Advertisement

Namun, semuanya berubah menjadi dingin apabila Izreen telah mengkritik lakonan Amar didalam sebuah teater secara tidak profesional melalui Instagram dan ia mengundang rasa amarah Amar.

Terbaru, Izreen nampaknya masih belum dapat melupakan sengketanya dengan Amar apabila beliau memberitahu beliau tidak mempunyai doa buat Amar yang bakal berkahwin dengan Amyra Rosli tidak lama lagi.

Kebiasaannya, media akan bertanya apakah doa dan ucapan kepada selebriti yang pernah dikaitkan dengan kita apabila dia akan berkahwin. Jika ditanya pada saya, tiada doa dan ucapan untuk dia.

Tambah Izreen lagi, beliau juga tidak mahu digandingkan dengan Amar didalam mana-mana drama ataupun filem.

Saya bukan sekadar tidak boleh berlakon dengan dia (Amar), malah cuba elak bertembung dengan dia di mana-mana majlis. Mungkin dia boleh kata tidak ada apa-apa dengan saya dan boleh tipu semua orang, tetapi, bukan saya.

Saya tidak masalah dengan Amyra, cuma, dia yang sering mengelak atau melarikan diri daripada saya setiap kali bertembung.

Alahai, memang Izreen terkesan betul dengan apa yang terjadi antara beliau dan Amar dahulu. Ermm, pada pendapat kami tidak perlu lah sampai begini. Industri lakonan tanah air tidaklah besar mana, seeloknya janganlah terus bermasam muka.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...