Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tidak Ada Apa Untuk Komen Lagi, Cukup-cukuplah – Neelofa

Umum mengetahui Neelofa enggan lagi berbicara mengenai kisah peribadinya selepas dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan gosip. Buat Neelofa, beliau kini ingin fokus dalam kerjayanya dan meneruskan kehidupan beliau. Menerusi portal mStar Online, Neelofa sekali lagi menegaskan beliau tidak mahu terus lagi dikaitkan secara peribadi dengan Fattah Amin.

Advertisement

Sejujurnya saya dah tak nak komen apa-apa kerana dah banyak sangat buat komen sampai orang suruh saya senyap. Lebih baik saya tak komen apa-apa lagi. Saya nak kekal positif.

Malah, Neelofa juga tidak mahu memberikan sebarang komen jika beliau diberi tawaran untuk bergandingan sekali lagi dengan Fattah. Terdahulu, Neelofa menarik diri daripada membintangi drama Hero Seorang Cinderella bersama Fattah.

Saya tak ada apa nak komen mengenainya lagi… cukuplah, cukuplah.

Pada masa yang sama, Neelofa yang kini semakin berjaya didalam bidang perniagaan tudung dengan jenama Naelofar Hijab, bersyukur kerana produknya itu diterima ramai. Walaubagaimanapun, beliau memberitahu kejayaan beliau bukanlah bersandarkan kepada kontroversi.

Saya tak nafikan kewujudan saya dalam industri membantu perniagaan ini kerana dari segi pemasaran saya tak perlu berusaha lebih seperti orang lain. Tapi jika nak cakap kontroversi telah beri kesan sama ada baik atau buruk… ia sebenarnya bukan begitu.

Sejak daripada dahulu lagi Neelofa seorang yang rajin berusaha dalam bidang perniagaan dan membuktikan beliau mampu untuk berjaya bukan kerana kontroversi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top