Saya Tidak Ada Apa-Apa Hubungan Dengan Aeril – Ummi Nazeera

Hiburan

Saya Tidak Ada Apa-Apa Hubungan Dengan Aeril – Ummi Nazeera

Hubungan rapat yang terjalin antara Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera menimbulkan salah faham apabila minggu lepas sebuah akhar mengatakan mereka sedang bercinta. Malah, ia turut mengundang rasa cemburu isteri Aeril iaitu Wawa Zainal.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Wawa telah menafikan perkara berkenaan dan beliau sememangnya tahu tentang keakraban Aeril dan Ummi sebagai teman rapat.

Enggan masyarakat terus berspekulasi, Ummi Nazeera juga telah tampil menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aeril.

Sejujurnya, tiada apa yang berlaku, Wawa juga sangat baik dan profesional. Saya harap semua orang tidak membesarkan perkara ini dan membuat spekulasi.

Saya sudah ada orang lain, jadi perlu menjaga hati pelbagai pihak. Tidak semua persahabatan berakhir dengan percintaan, kadang-kadang ia terjalin kerana pekerjaan dan itu yang terjadi antara saya dan Ariel. Terima kasih kerana memahami.

Sebelum ini, laporan berkenaan memberitahu Aeril dan Wawa  hampir bercerai kerana cemburu melihat kemesraan Aeril dan Ummi didalam drama Patahnya Sebelah Sayap. Malah, Aeril dikatakan bercuti di Korea bersama keluarga kecilnya itu untuk memujuk hati Wawa.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...