“Saya Tiada Sesiapa, Nak Fokus Diri Sendiri Dan Anak-Anak Sahaja” – Datin Red

Hiburan

“Saya Tiada Sesiapa, Nak Fokus Diri Sendiri Dan Anak-Anak Sahaja” – Datin Red

Bekas isteri pertama usahawan Datuk Red dan juga bekas madu penyanyi Adira, Sharifah Norshafila Hashim atau lebih dikenali sebagai Datin Red memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Di sebalik berita perkahwinan kali kedua yang dirancang bekas suami dan bekas madunya itu baru-baru ini, Datin Red berkata dia ingin memulakan hidup baru selepas sah bercerai pada Mei lalu.

Advertisement

Saya hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja dan saya mohon doa semua semoga saya dapat bangkit dan kuat.

Saya nak mulakan kehidupan yang baru.

Ujarnya lagi, dia masih belum bertemu dengan mana-mana pengganti sebaliknya hanya mahu fokus akan diri sendiri dan juga anak-anak.

Dia juga enggan mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bekas suaminya itu ada memujuk dirinya untuk kembali bersama selepas tempoh idah.

Perkembangan terkini, Datin Red kini sedang berjinak-jinak dalam perniagaan menjual jamu bagi menyara diri dan anak-anak.

Hidup saya sama saja cuma yang beza tiada suami. Produk saya pun baru saja dikeluarkan. Saya masih belajar dan perlukan sokongan ramai.

Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan dia akan bernikah semula dengan Adira selepas hari raya Aidilfitri tahun hadapan.

Sekadar info, Datin Red bernikah dengan Datuk Red pada tahun 2005 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adira Suhaimi datuk red rancang kahwin tahun depan
4 months ago

Adira Suhaimi Dan Datuk Red Rancang Kahwin Semula Selepas Raya Aidilfitri Tahun Hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...