Saya Tiada Sebarang Hubungan Istimewa Dengan Aidil – Jue Aziz

Hiburan

Saya Tiada Sebarang Hubungan Istimewa Dengan Aidil – Jue Aziz

Pasti ramai yang terkejut apabila Jue Aziz dikatakan bercinta dengan Aidil Zafuan seperti yang dikeluarkan menerusi Metro Ahad baru-baru ini. Percintaan mereka dikatakan berputik selepas dikenalkan oleh Ayu Raudhah. Namun hari ini, menerusi suratkhabar Kosmo, Jue Aziz tampil menafikan yang dia mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil.

jue aziz aidil

Advertisement

Jue mengakui mengenali Aidil namun hanyalah sekadar kenalan biasa. Malah Jue berkata yang semenjak dua ini dia sememangnya sibuk dengan penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tak mungkin mempunyai masa untuk keluar berdua-duaan dengan Aidil. Kata Jue:-

Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.

jue aziz

Jue juga memberitahu Kosmo yang dia mengetahui siapakah dalang di sebalik gosip ini. Malah Jue turut melahirkan rasa simpatinya kepada Ayu Raudhah yang tercalar reputasinya kerana dikatakan menjadi orang tengah memperkenalkan dia dan Aidil:-

Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.

Dan Jue memberikan masa seminggu kepada individu yang terbabit mengeluarkan gosip ini untuk tampil dan menunjukkan bukti yang dia mempunyai hubungan dengan Aidil. Jika gagal, individu terbabit haruslah memohon maaf secara terbuka untuk membersihkan nama Jue. Bagi Jue, kontroversi sebegini mampu menutup periuk nasinya di dalam bidang lakonan.
jue aziz aidil
Abang Nara masih tak boleh agak siapakah individu yang dimaksudkan oleh Jue Aziz. Namun itu semua tidak penting. Apa kata sempena Syawal ini, individu terbabit datang berjumpa dengan Jue Aziz dan memohon maaf. Pastinya lebih berkat mendapat kemaafan di bulan Syawal yang mulia ini. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

82 Comments

  1. zalia

    August 31, 2012 at 8:24 pm

    Bila iman dan x takutkan Allah x der dlm diri,gitulah jadinya, sang suami patutnye lepaskan si isteri dgn cara elok, bukan dgn cara tak matang tue,

  2. cik

    August 28, 2012 at 12:39 pm

    org dah berak tepi jalan,,,, sapa nak mengaku… kes rita & aidil tak settle settle… ni ado pulak ala ala nak menuduh cik rita lagi… siannnnn,,,, lepas ni keluarkan citer baik lagi… menuduh ler lagi.. kata pulak si rita ni sihir laki, aidil… bodo!!! mcm xde pegangan agama… keje nak menuduh sana sini… dah tau benda salah… jgn laaa buat…yg jadi mangsa… anak-anak rita… mana lerr pergi sifat kepimpinan aidil sbg bapak… bab suami, dah hancur dah.. kalau kapten kapal nyer senget, hmmmm… jgn nak salahkan isteri dan anak-anak… berat beratttt tanggungjwb lelaki..

  3. Anonymous

    August 28, 2012 at 10:26 am

    sape2 y duk area kuala besut ganu or tok bali klate tau ape status jue ni…elok lh tu bni org n laki org nk bskandal…alahai jue…tobat lh…wartawan2 y handal…g cri info jue kawen ank tauke ikan kt kuala besut…jue adik ipar tauke kdai ikn bkar kt tok bali…terjah…

  4. tombong

    August 27, 2012 at 9:51 pm

    Aidil ngok, dah ada bini ingatlah bini,mas:-)

  5. alin

    August 27, 2012 at 9:27 am

    perempuan jahat memang untuk lelaki yg jahat..dah kenalah tu.kpada yang mewujudkan perkenalan ni, awak pun ada suami..klau niat xelok, tunggu jelah nasib yg lbh buruk akan menimpa diri.pada rita, xkira apa yg terjadi teruskan kehidupan bersama-sama anak.xmati pun klau xada suami..malah lbh bahagia.lebih elok hidup xbersuami sepanjang hayat dari tinggal dengan suami yg xbertanggungjawab utk seminit..

Loading...